Langkau ke maklumat produk
1 daripada 14

Cleoniaga

Sila klik untuk memilih
Harga biasa RM20.90MYR
Harga biasa Harga jualan RM20.90MYR
Jualan Habis dijual

Pes & Sedia-Untuk-Dimakan ADIA

PES MASAK MERAH

Pes Masak Merah pada asalnya adalah hidangan kegemaran keluarga sejak turun temurun yang berasal dari negeri Perlis. Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia bukan sekadar pes masakan ia juga boleh dimakan tanpa dimasak. Struktur kuahnya yang sangat pekat dan bercitarasa VIP merupakan killer Produk 'Aida' kerana paling banyak dijual di pasaran serta menerima pelbagai komen positif daripada pelanggan baru dan lama. Bahan-bahan mentah yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi demi menghasilkan rasa yang mewah dan tidak terlalu pedas supaya boleh dinikmati daripada kanak-kanak hingga orang dewasa.

PES RENDANG

Pes Rendang 'Adia' telah dimasak menggunakan pelbagai ramuan rempah ratus bermutu tinggi. Resepi pes ini telah digunakan oleh founder sejak bertahun lamanya di restoran kepunyaan beliau sebagai salah satu menu tradisional terutama sepanjang bulan ramadan. Setelah menjalankan R&D, beliau menggabungkan beberapa jenis rendang di Malaysia seperti Rendang Tok dan Rendang Minang maka lahirlah Pes Rendang 'Adia' yang lebih mudah diterima oleh semua jenis kategori lapisan masyarakat Malaysia seperti India dan juga Cina iaitu tidak terlalu pedas serta mempunyai kuah yang agak pekat. .

PES NASI AYAM HAINAN

Pes Nasi Ayam hainan 'Aida' adalah produk yang dikeluarkan bagi memudahkan pengguna untuk menyediakan nasi ayam hainan yang lazat dan aromanya menarik selera makan seisi keluarga. Resepi yang telah diolah agar menepati citarasa semua bangsa di Malaysia dan global. Mengunakan ramuan asli tanpa sebarang bahan pengawet. Mengekalkan ciri-ciri utama iaitu lembut dan tidak terlalu berminyak sesuai dengan citarasa masyarakat majmuk di Malaysia.

PES PERAPAN SERBAGUNA

Pes Perapan Serbaguna 'Adia' merupakan pes perapan yang digunakan sendiri oleh founder 'Adia' sebagai bahan perapan ayam yang dijual di Restoran mereka sejak tahun 2003. Menu yang dikenali sebagai Nasi Ayam Berempah merupakan menu yang sangat laris terjual selain Nasi Ayam Hainan. Menggabungkan 14 jenis bahan-bahan mentah serta diadunkan bersama rempah ratus tradisional sehingga terasa keasliannya yang mampu mengatasi pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara.

RTE RENDANG DAGING

Nasi basmathi yang lembut dan enak disediakan bersama Rendang Daging empuk yang dimasak secukup rasa bersama adunan rempah ratus terpilih. Anda seperti sedang menikmati masakan ibu di kampung ❤️❤️

RTE RENDANG AYAM

Nasi basmathi yang lembut dan enak disediakan bersama Rendang Ayam bertulang yang lebih "jus" diadun dengan rempah ratus terpilih. keharuman bau rendang seperti masakan ibu pasti membuatkan anda bahagia setiap kali menikmatinya ❤️❤️

RTE AYAM MASAK MERAH

Nasi basmathi yang lembut dan enak dihidangkan bersama Ayam Masak Merah ala "kenduri". Ketulan isi ayam bertulang bergabung dengan 3 rasa masam manis dan tidak terlalu pedas. Bawa bersama pek travel Adia agar percutian lebih bermakna ❤️❤️

RTE NASI LEMAK & SAMBAL BILIS

Nasi Lemak Basmathi yang lembut dan wangi dari aroma santan dihidang bersama Sambal Bilis premium dimasak secukup rasa seperti masakan masakan ibu. Sesuai dibawa bercuti atau sebagai pelengkap sarapan pagi anda. Nostalgia masakan ibu kami ingatkan bersama sambal bilis Adia ❤️❤️

RTE NASI LEMAK & AYAM MASAK MERAH

Nasi Lemak Basmathi yang lembut dengan aroma santan rendah kalori bersama hidangan Ayam Masak Merah ala "kenduri". Adunan rasa masam manis premium resepi turun temurun pasti mampu membuat anda tersenyum ketika menikmatinya bersama orang tersayang.

SAMBAL WARIGH

Sambal tempoyak cili merah "homemade", enak dimakan bersama dengan nasi putih.

Bahan : Ikan Bilis, Bawang Putih, Bawang Merah, Cili Merah, Belacan, Gula, Garam, Minyak, Tempoyak, Tomato

Tiada bahan pengawet - Perlu dihabiskan dalam masa 1 minggu setelah dibuka

Sambal tempoyak daun kayu "homemade", enak dimakan bersama dengan nasi putih.

Bahan : Santan, Kunyit, Serai, Ikan Bilis, Ulam Daun Kayu, Garam, Gula

Tiada bahan pengawet - Perlu dihabiskan dalam masa 1 minggu setelah dibuka


penghantaran

Kami menghantar ke Malaysia, Singapura, Brunei & Thailand.

Untuk produk sejuk beku, kami hanya menghantar ke Semenanjung Malaysia sahaja.

Lihat butiran penuh

Mata Kesetiaan GaloREwards

Jadi ahli dan dapatkan mata kesetiaan & ganjaran eksklusif setiap kali anda membeli-belah.