Derma Mikro MyQaseh, Memberi perubahan kecil untuk tujuan BESAR

Derma mikro memberi perubahan besar kepada badan amal & komuniti.

My Galore gembira untuk memiliki ciri ini di kedai web kami, membolehkan kami membantu tujuan yang lebih memberi inspirasi.

Kami bekerjasama rapat dengan vendor kami dan sumbangan yang dibuat akan digunakan untuk membeli barangan daripada mereka, sekali gus menjana jualan daripada penjual.

Untuk setiap derma yang dibuat di halaman pembayaran, akan mendapat manfaat kepada banyak badan amal & komuniti yang kami bekerjasama.

11 Ogos 2022 - Program Bantuan mangsa banjir di Baling, Kedah.

Alhamdulillah, program My Qaseh - Inisiatif CSR MyGalore anjuran bersama dengan MPP Zon 12 , Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) & Bugzbagz telah berjalan dengan lancar.
Seramai 70 orang pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Nur Hidayah,
Kampung Sadik, Kupang, Kedah telah menerima sumbangan pada satu majlis sederhana baru ini.

Klik untuk baca liputan penuh di Sinar Harian

Kerjasama strategik antara pihak penganjur, dan Tuan/Puan yang telah menaja program ini amat dihargai.
Syukur, Alhamdulillah.

Nabi SAW bersabda, ketika kita mati maka terputuslah segala amalan kita melainkan tiga perkara.

1. Sedekah Jariah iaitu yang berkekalan
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakan


Semoga sumbangan kita menjadi Jariah yang berkekalan buat bekalan kita di akhirat kelak.

Terima kasih kepada semua yang bersama-sama dalam program ini secara langsung atau tidak langsung, sama ada diketahui atau tidak.

Mata Kesetiaan GaloREwards

Jadi ahli dan dapatkan mata kesetiaan & ganjaran eksklusif setiap kali anda membeli-belah.