Tips Usahawan - MyGalore

Tips Usahawan

Promosi adalah salah satu cara nak tingkatkan sales kita.
Ada byk cara…antaranya kita boleh buat

“Beli 1 Percuma 1”
“Collect Points”
“Free Delivery”

Yang mana anda penah cuba? Berkesan tak?

Macam mana kita nak tau teknik promosi kita ni cukup ke? Berkesan menaikkan jualan ke?

Ok ambik contoh termudah, “free delivery”

Customer biasanya memang akan tertarik dengan konsep ni, sebab mereka taknak bayar sampai RM8 hanya untuk delivery!
Walaupun harga barangan kita tu RM30, pelanggan agak berkira untuk nak tambah extra RM8 untuk penghantaran.

Macam mana kita nak jadikan teknik ini berbaloi, dan apa caranya?

Pertama sekali, kita kena tau “margin keuntungan” kita melebihi “kos”

1. Letak had minimum pembelian

Contoh:

Si A Nak beli barang harga RM10. Dengan pembelian minima RM15, si A akan dapat free delivery.
Si A dalam hal ini akan menambah pembelian satu lagi barang, menjadikan jumlah RM20.

Kos kita RM12. Margin Keuntungan RM8.
Delivery untuk si A, RM5
Tolak kos , masih ada berbaki RM3.
Jadi kos “delivery” ditanggung melalui keuntungan produk.

2. Tingkatkan harga produk

Cara ini cara paling mudah dan selamat tanpa merugikan bisnes.

JADI, yang mana Berbaloi untuk cuba?

 

#mygaloreshare

#tipsusahawan

Back to blog

GaloREwards Loyalty Points

Become a member and earn loyalty points & exclusive rewards every time you shop.