Kelas Hybrid Asas Media Sosial & Export Market
Share
14 July 2022 - Buat pertama kalinya kelas hybrid telah dijalankan di Cafe Lagenda Bistro. Kelas telah dihadiri vendor Galore Familia kami secara fizikal & juga online serta bagi yang lain yang tidak dapat menghadirkan diri, kami telah record di YouTube.
Kelas asas Media Sosial ini adalah bagi membantu Vendor kami untuk menggunakan Digital Marketing secara berkesan untuk perniagaan masing-masing.
Bagi membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara, kami telah menjemput Export Consultant, Madam Ain bagi memberi pencerahan tentang asas-asas yang perlu disediakan untuk mengeksport produk.